Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
339) STATUS BLOK BANGUNAN SEKOLAH TERBIAR MILIK YAYASAN SELANGOR DI KAMPUNG SERI TANJUNG DENGKIL.
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mengguna pakai semula blok bangunan terbiar ini supaya dapat menampung keperluan sekolah agama di Dengkil?
Blok bangunan terbiar yang dinyatakan berada di dalam sebahagian tanah hakmilik YS. Berdasarkan pemeriksaan dan penilaian, bangunan tersebut didapati tidak selamat untuk diduduki. Sehubungan itu, pihak YS telah merancang untuk membangunkan keseluruhan tanah tersebut bagi tujuan kediaman.
-
Apakah punca blok bangunan ini terbiar dan apakah langkah seterusnya oleh pihak kerajaan?
Bangunan tersebut telah dikosongkan sejak tahun 2018 dan tiada sebarang aktiviti penyewaan semenjak ianya dikosongkan. Pihak Yayasan Selangor kini masih di dalam proses untuk membangunkan tanah tersebut bagi tujuan kediaman secara usahasama bersama Syarikat pemaju hartanah.
Hasil pendapatan daripada projek Pembangunan tersebut akan disalurkan kepada dana Pendidikan pelajar-pelajar dibawah tajaan YS, program Pendidikan yang telah dirancang dan juga bagi menampung operasi YS.