Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

268) STATUS BENGKEL MOTOSIKAL SOON MOTOR PART ENTERPRISE DI SIMPANG LAMPU ISYARAT PEKAN MERU

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah bengkel motorsikal ini mendapat kelulusan CF untuk dibina di jalan susur tepi deretan bangunan kedai di simpang lampu isyarat Pekan Meru?

    Hasil semakan daripada pihak Majlis telah mendapati bahawa Kedai Motosikal Soon Motor Enterprise yang terletak di persimpangan lampu isyarat Pekan Meru memiliki kelulusan Pelan Bangunan melalui fail No. (PS) 362/97 yang diluluskan pada 24.04.1997. Semakan juga mendapati bangunan kedai tersebut dibina di atas lot hakmilik individu yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor kepada penama Lim Cheng San (Lot 10 Seksyen 1) bukan dibina di atas jalan susur.

  2. Adakah polisi MPK membenarkan penambahan bangunan kedai di bina di atas jalan susur sehinga menutup terus jalan tersebut?

    Polisi Majlis Perbandaran Klang tidak membenarkan sebarang binaan atau penambahan kedai di atas jalan susur atau menutup jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.