Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

95) STATUS BANGUNAN/MENARA YANG DIMILIKI OLEH YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan berapa bangunan atau menara yang dimiliki oleh Yayasan Selangor dengan butiran seperti alamat, luas, fasiliti yang ada dan sebagainya.

    Untuk makluman, Yayasan Selangor memiliki tiga (3) buah bangunan iaitu Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang, Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya dan Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru. Berikut adalah butiran yang dikehendaki:-

     

    BIL ALAMAT LUAS YANG BOLEH DISEWA (k.p.)

     

    FASILITI

     

    1. Bangunan Yayasan Selangor, No. 99, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

     

    113,906 24 jam pengawasan Security, Parking
    2. Menara Yayasan Selangor, No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya 99,147 Sistem Penghawa Dingin berpusat, 24 jam pengawasan Security, Indoor Parking, mempunyai CCTV

     

    3. Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur 179,831 Sistem Penghawa Dingin berpusat, 24 jam pengawasan Security, Indoor Parking, mempunyai CCTV

     

  2. Apakah status dan berapakah hasil tahunan yang dijana sekarang bagi setiap bangunan/menara tersebut masing-masing?

    Butiran maklumat adalah seperti dibawah:

     

    BIL BANGUNAN STATUS

     

    HASIL TAHUNAN (RM)
     

    1.

     

    Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang

     

     

    Pajakan

     

    Jumlah hasil tahunan tidak boleh diumum kepada awam atas sebab Non-Disclosure Agreement antara YS bersama pihak syarikat yang dilantik.

     

     

    2.

     

     

    Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya

     

     

    Sewaan

     

    Jumlah hasil tahunan tidak boleh diumum kepada awam atas sebab Non-Disclosure Agreement antara YS bersama syarikat-syarikat penyewa

     

     

    3.

     

     

    Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru

     

     

    Sewaan

     

    Jumlah hasil tahunan tidak boleh diumum kepada awam atas sebab Non-Disclosure Agreement antara YS bersama syarikat-syarikat penyewa

     

Lampiran

Tiada Lampiran.