Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

239) STATUS BANGUNAN ILJAS, KAMPUNG SUNGAI TEGAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status bangunan milik Kerajaan Negeri Selangor ILJAS di Kampung Sungai Tengar yang terbiar tanpa sebarang aktiviti?

    Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) memantau keadaan Bangunan ILJAS secara berkala dan mendapati bahawa masih berlaku mendapan tanah yang mengakibatkan pergerakan struktur bangunan serta terdapat isu keselamatan sekiranya Bangunan ILJAS terus digunapakai sebelum kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

  2. Adakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengaktifkannya?

    Melalui Laporan Pemeriksaan Forensik oleh Cawangan Kejuruteraan Geoteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, BKP dengan kerjasama JKR Selangor sedang dalam proses untuk mengenalpasti tindakan selanjutnya bagi memastikan Bangunan ILJAS dapat dioperasikan semula dengan

Lampiran

Tiada Lampiran.