Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
146) STATUS BAJET SELANGOR 2017
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci peratusan perlaksanaan Bajet Selangor 2017 mengikut portfolio.
Bajet Selangor yang telah diluluskan bagi tahun 2017 adalah berjumlah RM3.45 bilion terdiri daripada peruntukan Mengurus sebanyak RM1.65 bilion atau 47.83% dan peruntukan Pembangunan berjumlah RM1.80 bilion atau 52.17% .
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.22 bilion atau 93.27% telah pun dibelanjakan dan perincian perbelanjaan bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:
Jadual 1:
Perincian Perbelanjaan Tahun 2017
VOT PERUNTUKAN (RM)
PERBELANJAAN (RM) (%) MENGURUS 1,650,000,000.00 1,585,995,690.70 96.12 PEMBANGUNAN 1,800,000,000.00 1,631,746,128.24 90.65 JUMLAH 3,450,000,000.00 3,217,741,818.94 93.27 Berdasarkan rekod di Jadual 1, Kerajaan Negeri Selangor telah mencapai sasaran belanja bagi tahun 2017 iaitu 95.0% bagi belanja Mengurus dan 90.0% bagi belanja Pembangunan. Kerajaan Negeri Selangor terus mempraktikkan penerapan perbelanjaan berhemat disamping mengamalkan kaedah perolehan berdasarkan prinsip value for money.
-
Apakah terdapat kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan sepenuhnya Bajet 2017 yang disebabkan faktor-faktor tertentu?
Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan semua projek-projek pembangunan serta program-program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat yang direncanakan di bawah Bajet 2017 dengan baik selaras dengan prinsip good governance, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Kejayaan ini juga sekali gus membuktikan kemampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk terus berdaya tahan dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan dalam merealisasikan gagasan “Membangun Bangsa Memakmur Negeri”.