Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

270) STATUS BAIK PULIH RUMAH ROBOH AKIBAT BENCANA BANJIR DI BESTARI JAYA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status baik pulih 2 buah rumah yang roboh akibat banjir di Bestari Jaya pada Disember 2021?

    Berikutan bencana banjir pada Disember 2021, dua (2) buah rumah di Kg. Bestari Jaya telah roboh dan jalan berhampiran rumah-rumah tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM1.8 juta di bawah peruntukan MARRIS bagi membaiki semula struktur tanah dan jalan yang rosak.

     

    Bagi baik pulih 2 rumah tersebut pula, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah bersetuju untuk meneliti permohonan pembaikan/ bina baharu rumah-rumah tersebut di bawah inisiatif Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia. Sekiranya diluluskan, kerja-kerja pembaikan rumah ini akan dimulakan selepas kerja-kerja pembaikan jalan selesai dilaksanakan.

  2. Apakah yang menyebabkan kelewatan dalam pembinaan rumah tersebut?

    Kerja-kerja pembaikan/ pembinaan rumah tersebut hanya akan dapat dilaksanakan selepas kerja-kerja pembaikan struktur tanah dan jalan di kawasan rumah-rumah tersebut selesai dilaksanakan. Buat masa ini, kerja-kerja pembaikan struktur tanah dan jalan sedang dilaksanakan, dan keseluruhan kerja-kerja pembaikan dijangka selesai pada Februari 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.