Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

222) STATISTIK WANITA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan jumlah Wanita yang duduk di Negeri Selangor? Sila senaraikan mengikut daerah.

    Untuk makluman Ahli-ahli  Yang  Berhormat dan Dewan  yang  mulia ini, jumlah wanita yang duduk di Negeri Selangor adalah seramai  3.05 juta (2017), 3.10 juta (2018) dan 3.15 juta (2019). Statistik penduduk  wanita di Selangor mengikut DUN adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1: Unjuran Penduduk (Semakan Semula) mengikut daerah pentadbiran, 2017-2019

          (000’)
    Negeri/DP/Jantina 2017 2018 2019
    PEREMPUAN
    Selangor 3,051.8 3,102.4 3,151.6
    Gombak 385.1 391.8 398.2
    Klang 465.3 472.7 479.8
    Kuala Langat 125.4 127.6 129.7
    Kuala Selangor 119.2 121.4 123.5
    Petaling 1,025.1 1,041.6 1,057.7
    Sabak Bernam 60.8 61.9 63.0
    Sepang 114.6 116.6 118.6
    Ulu Langat 644.5 655.1 665.4
    Ulu Selangor 111.7 113.7 115.6
  2. Berapa jumlah wanita yang duduk di kawasan perbandaran dan di luar bandar/desa?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang  Berhormat  dan Dewan  yang  mulia ini, jumlah wanita yang tinggal di kawasan bandar di Selangor adalah seramai  2.84 juta orang (2017), 2.89 juta orang (2018) dan 2.94 juta orang (2019). Bagi jumlah wanita yang tinggal di kawasan luar bandar adalah seramai 212.6 ribu orang (2017), 209.7 ribu orang (2018) dan 206.7 ribu orang (2019). Statistik penduduk wanita di Selangor mengikut bandar dan luar bandar adalah  seperti  di Jadual 2.

     

    Jadual 2: Penduduk perempuan mengikut strata, Bandar dan Luar Bandar, Selangor, 2017-2019

        (‘000)
    Negeri/Jantina/Strata 2017 2018 2019
    PEREMPUAN
    JUMLAH
    Selangor 3,051.8 3,102.4 3,151.6
    BANDAR
    Selangor 2,839.2 2,892.7 2,944.9
    LUAR BANDAR
    Selangor 212.6 209.7 206.7

     

  3. Berapa daripada jumlah wanita yang telah habiskan sekolah menengah berbanding dengan lelaki di Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.