Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

176) STATISTIK SMUE, TAWAS, FOOD STAMP DAN PROGRAM KEBAJIKAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengikut statistik terkini, berapakah jumlah rakyat Selangor yang mendapat manfaat program-program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2016 (terkini)?

    Sekiranya dihitung jumlah keseluruhan penerima manfaat program-program kebajikan Kerajaan Negeri, maka saya boleh nyatakan bahawa sebanyak hampir 6 juta rakyat Selangor telah menerima manfaat, dan manfaat ini diterima setiap hari iaitu melalui program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3). Program air percuma ini merupakan antara program kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bermula pada tahun 2008 di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). SMUE dan TAWAS juga merupakan antara program yang tersenarai di bawah Skim MES, manakala Food Stamp pula adalah program yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan miskin mendapatkan makanan asas untuk keperluan harian. Skim MES pada masa ini mempunyai 15 lagi program dengan 14 program dirangka khusus bagi membantu golongan-golongan sasar untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi iaitu:

    (1)       Program Hijrah Selangor;

    (2)       Hadiah Anak Masuk Universiti;

    (3)       Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang;

    (4)       Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL);

    (5)       Insentif Perkahwinan Belia;

    (6)       Pusat Tuisyen Rakyat;

    (7)       Pusat Dialisis Rakyat;

    (8)       Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR);

    (9)       Skim Bantuan Tadika (TUNAS);

    (10)     Cuti Bersalin 90 Hari;

    (11)     Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari;

    (12)     Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari;

    (13)     Jom Shopping (Warga Emas + Ibu Tunggal);

    (14)     Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC); dan

    (15)     Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral.

    Jumlah penerima faedah bagi Skim MES mengikut pecahan program sehingga kini adalah seperti di Lampiran A manakala bagi program Food Stamp pula jumlah penerima adalah seramai 4,361.

  2. Berapakah kos keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh berkenaan?

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah kos yang besar bagi Skim MES dari tahun 2008 sehingga kini. Namun begitu, Kerajaan Negeri sangat optimis bahawa program yang diperkenalkan ini mampu memberi impak yang optima kepada setiap penerima manfaat berdasarkan kepada penerimaan rakyat terhadap program MES sehingga kini. Jumlah perbelanjaan dan kos keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari 2008 sehingga kini adalah sebanyak RM1,760,199,349.78 manakala bagi Food Stamp adalah sebanyak RM2,116,800. Ringkasan kos perbelanjaan mengikut program MES dari tahun 2008 hingga 30 Jun 2016 adalah seperti di Lampiran B.

     

    LAMPIRAN A

    STATISTIK JUMLAH PENERIMA UNTUK SETIAP PROGRAM MES DARI TAHUN 2008 HINGGA 30 JUN 2016

     

    BIL PROGRAM PENERIMA FAEDAH (ORANG)
    1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 235,622
    2 Skim Mesra Usia Emas 73,260
    3 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) 22,248
    4 Pusat Dialisis Rakyat 121
    5 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) 2,576
    6 Skim Bantuan Tadika (TUNAS) 29,573
    7 Jom Shopping (Warga emas + ibu tunggal) 109,072
    8 Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang 13,708
    9 Insentif Perkahwinan Belia 26,138
    10 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
    11 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama Seluruh Rakyat Selangor
    12 Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) 11,349
    13 Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) 5,136
    14 Program Hijrah Selangor (SkimSel + MiMBAR) 23,463
    15 Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) 649
    16 Hadiah Anak Masuk Universiti 58,105
    17 Pusat Tuisyen Rakyat 34,576
    18 Cuti Bersalin 90 Hari 30
    19 Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari 1
    20 Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari 1
    21 Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral

     

    Catatan:

    Program Hijrah Selangor merupakan program yang telah diwujudkan bagi menggantikan Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel), Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) bermula pada Mac 2015.

    LAMPIRAN B

     

    JUMLAH KOS PERBELANJAAN UNTUK SETIAP PROGRAM MES DARI TAHUN 2008 HINGGA 30 JUN 2016

     

    BIL PROGRAM PERBELANJAAN (RM)
    1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)                        21,078,700.00
    2 Skim Mesra Usia Emas                      179,124,000.00
    3 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL)                          2,206,079.60
    4 Pusat Dialisis Rakyat
    5 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR)                          2,121,130.00
    6 Skim Bantuan Tadika (TUNAS)                        12,475,217.00
    7 Jom Shopping (Warga emas + ibu tunggal)                        10,907,200.00
    8 Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang                          7,154,126.20
    9 Insentif Perkahwinan Belia                        11,283,400.00
    10 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)                             270,481.96
    11 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama                   1,201,707,665.57
    12 Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel)                        99,963,750.00
    13 Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)                        10,915,528.00
    14 Program Hijrah Selangor (SkimSel + MiMBAR)                      120,434,000.00
    15 Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA)                          2,603,224.63
    16 Hadiah Anak Masuk Universiti                        58,288,826.00
    17 Pusat Tuisyen Rakyat 19,666,020.82
    18 Cuti Bersalin 90 Hari
    19 Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari     –
    20 Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari     –
    21 Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral     –
    JUMLAH                   1,760,199,349.78

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.