Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
207) STATISTIK RUMAH IBADAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah terkini rumah ibadat mengikut agama yang berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor?
Pada masa ini, terdapat sebanyak 418 buah masjid dan 2,059 buah surau di Negeri Selangor yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Manakala bagi rumah ibadat selain Islam (RISI), terdapat sebanyak 795 buah termasuk tokong, kuil, gereja dan gudwara yang berdaftar dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sementara itu, sebanyak 1,043 buah rumah ibadat selain Islam tidak berdaftar. Berikut adalah ringkasan rumah ibadat Islam dan rumah ibadat selain Islam mengikut daerah yang berdaftar dan tidak berdaftar di Negeri Selangor seperti di jadual berikut :
Ringkasan Rumah Ibadat Islam.
BIL DAERAH PBT RUMAH IBADAT ISLAM BERDAFTAR RUMAH IBADAT ISLAM TIDAK BERDAFTAR MASJID SURAU JUMLAH MASJID SURAU JUMLAH 1. PETALING MBSA 85 410 495 0 0 0 MBPJ MPSJ 2. HULU LANGAT MPKJ 51 406 457 0 0 0 MPAJ 3. GOMBAK MPS 44 232 276 0 0 0 4. KLANG MPK 48 247 295 0 0 0 5. SEPANG MPSP 26 100 126 0 0 0 6. KUALA S’GOR MDKS 58 160 218 0 0 0 7. SABAK BERNAM MDSB 48 219 267 0 0 0 8. KUALA LANGAT MDKL 33 137 170 0 0 0 9. HULU S’GOR MDHS 25 148 173 0 0 0 JUMLAH 418 2,059 2,477 0 0 0 *Sumber maklumat daripada Jabatan Agama Islam Selangor
Ringkasan Rumah Ibadat Selain Islam
BIL PBT RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM BERDAFTAR JUMLAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM TIDAK BERDAFTAR JUMLAH TOKONG KUIL GEREJA TOKONG KUIL GEREJA 1. MBSA 9 21 5 35 13 39 6 58 2. MBPJ 9 9 15 33 36 43 21 100 3. MPSJ 9 22 5 36 58 48 25 131 4. MPKJ 68 64 10 142 0 0 0 0 5. MPS 8 13 4 25 7 12 0 19 6. MPK 297 167 13 477 0 0 0 0 7. MPAJ 3 4 2 9 433 37 27 497 8. MPSP 6 1 1 8 2 17 0 19 9. MDKS 2 1 2 5 24 40 5 69 10. MDSB 0 0 0 0 47 5 1 53 11. MDKL 1 1 2 4 31 57 9 97 12. MDHS 10 9 2 21 0 0 0 0 JUMLAH 421 311 59 795 651 298 94 1,043 *Sumber Maklumat daripada Pihak Berkuasa Tempatan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan setiap rumah ibadat di Selangor adalah berdaftar?
Bagi memastikan setiap rumah ibadat di Selangor berdaftar dengan Jabatan berkaitan, pelbagai usaha telah dijalankan dari semasa ke semasa. Semua rumah ibadat Islam telah didaftarkan di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Selangor. Manakala bagi rumah ibadat selain Islam, Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam yang bersidang hampir setiap bulan sentiasa membincangkan dan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan permohonan tanah bagi tujuan keagamaan.
Selain itu, pemakluman melalui media dan penerangan sewaktu kunjungan rasmi YB EXCO juga sering diadakan bagi memaklumkan kepada persatuan keagamaan agar mengemukakan permohonan pewartaan tanah di Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan.
Bagi pembangunan baru di atas tapak keagamaan, Kerajaan Negeri melalui PBT akan memastikan semua pembinaan telah mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang selaras dengan keperluan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Perkara ini boleh mengawal kewujudan rumah ibadat yang tidak berdaftar.