Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
102) STATISTIK PERUMAHAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Perumahan mampu milik merupakan satu topik utama di kalangan rakyat Selangor. Akhir-akhir ini kelihatan tiada lagi projek-projek perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini. Berapakah jumlah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah yang telah dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri pada 2010, 2011 dan 2011? Pohon nyatakan juga harga dan lokasi rumah-rumah tersebut
- Untuk makluman Y.B, kerajaan negeri melalui anak syarikat telah membina sebanyak 1,136 unit rumah kos rendah dan 190 unit rumah kos sederhana rendah sejak dari tahun 2010 hingga 2012. Pecahan perincian projek mengikut tahun dan jenis rumah adalah seperti berikut :
- Rumah Kos Rendah
Tahun Lokasi Jumlah Harga (RM) Unit 2012 Saujana Rawang, Mukim Rawang, Daerah Gombak. (Dalam Pembinaan – Jangkaan Siap
Pada Tahun 2013)
100 42,000.00 Tahun Lokasi Jumlah Harga (RM) Unit 2012 Kg. Berembang, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak (Pangsapuri
Berembang Indah)
(Siap – CF diperolehi pada 27/7/2012)
694 42,000.00 Kg Bunga Raya Kuang, Mukim Rawang, Daerah Gombak (Pangsapuri Kos
Rendah 5 Tingkat)
(Siap – CF diperolehi pada 2/5/2012)
180 42,000.00 2011 Kg. Kemensah Hilir, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak (Town House Kos Rendah – Bukit Kemensah Indah) (Siap – CF diperolehi pada 28/10/2011)
72 50,000.00 2010 Taman Perepat Indah, Batu 9, Mukim Kapar, Daerah Klang (Fasa 3B – Pangsapuri Kos Rendah)
(Siap – CF diperolehi pada 14/1/2010)
90 42,000.00 Jumlah 1,136 - Rumah Kos Sederhana Rendah
Tahun Lokasi Jumlah Harga (RM) Unit 2011 Taman Impian Putra, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat (Fasa 2 –
Pangsapuri Kos Sederhana Rendah)
(Siap – CF diperolehi pada 22/12/2011)
190 72,000.00 Jumlah 190 - Untuk makluman Y.B, kerajaan negeri melalui anak syarikat telah membina sebanyak 1,136 unit rumah kos rendah dan 190 unit rumah kos sederhana rendah sejak dari tahun 2010 hingga 2012. Pecahan perincian projek mengikut tahun dan jenis rumah adalah seperti berikut :
-
Pohon nyatakan jumlah, harga dan lokasi pembinaan rumah mampu milik yang dibina oleh pemaju perumahan swasta di Selangor pada tahun 2010, 2011 dan 2012.
Untuk makluman Y.B, konsep perumahan mampu milik mula diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada Tahun 2011. Keadaan ini timbul akibat daripada tindakan proaktif kerajaan negeri untuk mengkaji semula syarat- syarat pembangunan sedia ada seperti pembinaan 20 peratus rumah kos rendah, 20 peratus rumah kos sederhana rendah dan 10 peratus rumah kos sederhana yang telah diguna pakai sejak tahun 2000 lagi supaya ianya masih relevan untuk dipraktikkan berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa. Sehubungan itu, sehingga kini, hanya terdapat satu projek perumahan mampu milik sahaja yang sedang dalam pembinaan oleh pemaju swasta iaitu Tetuan Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd. di Sg. Long, Kajang yang terdiri daripada 136 unit berkeluasan di antara 805 hingga 881 kaki persegi. Harga jualan seunit rumah tersebut adalah di antara RM85,000.00 hingga RM150,000.00 dan projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2013.