Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

337) STATISTIK PERMOHONAN PROGRAM BINGKAS SEHINGGA TAHUN 2024: JUMLAH DITOLAK DAN ALASAN PENOLAKAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah permohonan keseluruhan program BINGKAS hingga 2024 dan berapakah permohonan dengan jumlah yang ditolak?

    Jumlah permohonan program BINGKAS dan jumlah permohonan yang ditolak sehingga 2024 bagi DUN Sabak adalah seperti berikut:

     

    TAHUN JUMLAH PERMOHONAN JUMLAH PERMOHONAN DITOLAK
    2022 2,113 810
    2023 1,341 291
    2024 1,448 2,731
    Jumlah Keseluruhan 4,902 3,832
  2. Nyatakan alasan-alasan permohonan yang ditolak.

    Antara alasan-alasan permohonan ditolak ialah seperti berikut:

    • Bukan warganegara Malaysia
    • Bukan lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
    • Bukan pemilih berdaftar di bawah Dewan Undangan Negeri Selangor
    • Tidak menepati kriteria minimum 2 orang anak atau tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
    • Pendapatan isi rumah melebihi RM5,000
    • Kuota di DUN telah penuh

Lampiran

Tiada Lampiran.