Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
216) STATISTIK PENUKARAN PAIP OLEH AIR SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah paip air di seluruh kawasan Negeri Selangor ?
Jumlah panjang paip air di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat 31 Mei 2020 adalah berjumlah 29,201 km.
-
Berapakah anggaran purata jumlah paip air yang ditukar bagi setiap tahun?
Anggaran purata jumlah panjang paip yang akan ditukar, iaitu melibatkan paip jenis Asbestos Cement (AC) dianggarkan sepanjang 150km setiap tahun, tertakluk kepada peruntukan dan keupayaan kewangan Air Selangor pada setiap tahun.
-
Berapakah jumlah bajet yang diluluskan untuk penukaran paip air pada setiap tahun?
Sejak tahun 2016 hingga 2019, sejumlah RM490 juta telah diperuntukkan bagi program penggantian paip lama. Bagi tahun 2020 pula, bajet sebanyak RM142.5 juta telah diluluskan bagi program penggantian paip.