Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

205) STATISTIK PENDUDUK SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini penduduk di Selangor mengikut umur dan bangsa

    Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk Negeri Selangor pada tahun 2016 adalah seramai 6,298,400 orang. Daripada jumlah tersebut, majoriti merupakan bangsa Melayu dengan jumlah 3,119,800 orang manakala bangsa Cina mencatatkan seramai 1,508,200 orang. Bangsa India seramai 718,000 dan lain-lan bangsa pula seramai 42,900 orang. Jumlah bukan warganegara Malaysia pula adalah seramai 479,600 orang. Perincian penduduk mengikut umur dan bangsa adalah seperti di Lampiran A.

  2. Nyatakan statistik terkini pecahan mengikut bangsa di setiap daerah

    Statistik terkini pecahan mengikut bangsa di setiap daerah adalah seperti di Lampiran B. Daerah Petaling menunjukkan kadar penduduk tertinggi dengan jumlah 2,029,400 orang diikuti oleh Daerah Ulu Langat dengan 1,226,500 jumlah penduduk. Daerah Klang dan Daerah Gombak masing-masing mencatatkan jumlah penduduk seramai 929,000 dan 716,000 orang. Lain-lain daerah mencatatkan jumlah penduduk di bawah 300,000 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.