Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

25) STATISTIK KES DENGGI DI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah arah aliran (trend) terkini kes denggi di Selangor?

    Daripada analisa situasi semasa kes denggi yang didaftarkan sehingga minggu epid 7/2022, didapati kes meningkat berbanding tempoh minggu epid yang sama tahun 2021, dengan peningkatan sebanyak 35% (860 kes). Daerah Petaling mempunyai jumlah kes terkumpul tertinggi iaitu 1093 kes dan diikuti daerah Hulu Langat 861 kes dan PKD Klang sebanyak 701 kes.

  2. Apakah peranan COMBI benar-benar membantu mengawal wabak denggi?

    COMBI (Communication for Behavioral Impact) ialah satu pendekatan yang digunakan untuk mengawal dan mencegah penularan penyakit melalui pemerkasaan komuniti. Di Selangor, pendekatan COMBI dilaksanakan bagi mengekang penyakit Demam Denggi, Malaria, Zika dan lain-lain penyakit seperti COVID-19 yang berkaitan sikap manusia dan persekitaran. Sukarelawan COMBI yang dilantik dari kalangan warga di komuniti dilatih untuk:

     Menyampaikan mesej berkaitan pencegahan dan kawalan demam denggi kepada ahli komuniti yang lain sama ada untuk memulakan tindakan, perubahan tingkahlaku dan juga meningkatkan pengetahuan tentang isu kesihatan yang sedang dihadapi oleh komuniti tersebut.
     Merancang aktiviti pencegahan seperti gotong royong dan pemeriksaan persekitaran dikawasan COMBI masing-masing

    Bilangan lokaliti COMBI yang dilatih di Selangor (di bawah seliaan KKM) ialah sebanyak 464 lokaliti di dengan ahli sukarelawan seramai 3,817 orang. Dengan penglibatan komuniti dalam program ini, ianya telah banyak memberi kesan dalam membantu pihak KKM dalam mengawal wabak denggi di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.