Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
159) STATISTIK JENAYAH SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pertumbuhan pusat judi dan hiburan dicantas segera sebelum menjadi sarang penjenayah?
Secara keseluruhannya, tugas-tugas membanteras kegiatan jenayah adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah terhad kepada perkara-perkara berkaitan hal ehwal tempatan seperti pelesenan dan kutipan cukai taksiran dan hasil bukan cukai. Dalam hal perlesenan, pihak PBT akan merujuk dan mendapatkan ulasan daripada pihak PDRM jika permohonan tersebut untuk lesen-lesen seperti pusat judi. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha PDRM dalam membanteras Jenayah dengan mengarahkan supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor untuk bekerjasama dan melaksanakan tindakan pantas melalui pemantauan dan operasi penguatkuasaan bersepadu dan serta merta bersama agensi penguatkuasaan berkaitan terhadap pusat hiburan keluarga / premis perniagaan yang menyalahgunakan lesen. Selain itu, Kerajaan Negeri telah mengarahkan supaya PBT mengambil tindakan tegas dengan menutup premis yang didapati bersalah menjalankan aktiviti pusat perjudian yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga atau apa-apa premis. Selain itu, pihak PBT juga sentiasa dari semasa ke semasa mengambil inisiatif untuk:-
- tidak mengeluarkan lesen baru untuk premis pusat judi (ejen nombor ramalan) dan premis hiburan (mesin slot) oleh pihak MBSA. Walau bagaimanapun, lesen premis sedia ada dikekalkan dan dibenarkan untuk pembaharuan lesen setiap tahun di dalam mesyuarat jawatankuasa Majlis dan mempunyai permit dari PDRM sebelum lesen premis dikeluarkan;
- membuat rondaan harian oleh Anggota Penguat kuasa dan sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM sekiranya berlaku sebarang jenayah;
- PBT juga bersama-sama pihak PDRM memantau kawasan-kawasan “hot spot” melalui CCTV yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor;
- sentiasa memastikan setiap permohonan lesen tidak mempunyai unsur- unsur judi dan perkara yang tidak bermoral sebelum kelulusan lesen diberi. Pemantauan yang kerap dan tindakan pembatalan akan dilaksanakan jika pemohon/pengusaha melanggar syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan; dan
- melaksanakan penutupan premis oleh pihak penguat kuasa ke atas mana- mana premis yang telah berlesen tetapi melanggar syarat lesen, pembaharuan lesen tidak
-
Apakah terdapat sebarang gerakan atau skuad di Peringkat Negeri untuk memastikan ka`dar jenayah di Selangor terkawal?
Kerajaan Negeri tidak menubuhkan sebarang gerakan atau skuad sebaliknya mengambil pendekatan untuk penguatkuasaan melalui PBT bagi kesalahan- kesalahan di bawah bidang kuasa