Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

112) STAFF TAMBAHAN DI PKM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mahu menambah bilangan kakitangan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Negeri?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 5/2019 bertarikh 20 Februari 2019 disahkan melalui MMKN Ke 6/2019bertarikh 27 Februari 2019 telah meluluskan cadangan untuk kajian semula pertambahan seorang lagi kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Negeri dengan mengambil kira pertambahan kos, peruntukan tahunan Jabatan dan senarai tugas. Sehubungan itu, Pejabat Dewan Negeri kini dalam tindakan menganalisis maklumat-maklumat berkaitan untuk penelitian selanjutnya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.