Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

71) STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Stadium Shah Alam, samada Stadium Melawati dan Stadium Bola Sepak kian usang. Apakah rancangan Kerajaan untuk memperbaiki Stadium ini ?

    1. Satu pemeriksaan audit telah dijalankan oleh pihak JKR Negeri Selangor ke atas Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati pada 8 hingga 11 Oktober 2013. Pemeriksaan ini dilaksanakan selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 26/2013 pada 4 September 2013 yang telah memutuskan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor menjalankan pemeriksaan ke atas dua (2) buah stadium iaitu Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati supaya segala kecacatan / kerosakan dapat dikenalpasti dan dibaiki untuk menjamin keselamatan dan kebolehfungsian fasiliti bangunan yang

     

    Jadual dibawah menunjukkan penemuan kerosakan untuk kedua-dua buah stadium.

     

    Jadual 1 : Penemuan kerosakan di Stadium Shah Alam

    Bil Disiplin Jumlah Penemuan Kerosakan
    Isu Keselamatan Isu Kefungsian
    1. Senibina 3 31
    2. Awam dan Struktur 3
    3. Elektrik 7 2
    4. Mekanikal 6 2
      Jumlah 16 38
      Jumlah Besar 54

     

    Jadual 2 : Penemuan Kerosakan di Stadium Malawati

    Bil Disiplin Jumlah Penemuan Kerosakan
    Isu Keselamatan Isu Kefungsian
    1. Senibina 3 28
    2. Awam dan Struktur 4
    3. Elektrik 6
    4. Mekanikal 7 2
      Jumlah 16 34
      Jumlah Besar 50

     

     

    Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan untuk membaikpulih Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati secara berperingkat seperti berikut :

     

    1. Menaiktaraf Stadium     Shah     Alam     dengan     anggaran     sebanyak

    RM2,328,300.00 seperti berikut:

     

    Bil Perkara Jumlah (RM)
    1. Tandas 692,000.00
    2. Bumbung Stadium 656,000.00
    3. Pembaikan Genset 546,300.00
    4. Peralatan Siaraya 434,000.00
      Jumlah Keseluruhan 2,328,300.00

     

    Kerja-kerja membaikpulih Stadium Shah Alam seperti di atas telah siap sepenuhnya kecuali pembaikan genset yang dilaksanakan pada masa kini.

     

    1. Sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bertarikh 3 April 2013 UPEN telah bersetuju untuk membiayai kos modal sebanyak RM 3,532,280.00 bagi Kerja-Kerja Mengecat, Membaikpulih Salur Air Bumbung, Tangki Air dan Kumbahan Tandas / Bilik Persalinan dan Membaikpulih Sistem Hawa Dingin di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah

     

    Kerja-kerja membaikpulih Stadium Malawati seperti di atas masih dalam penyediaan senarai kuantiti untuk proses tender dan dijangka akan dilaksanakan pada taun 2015.

     

  2. Berapa kos yang diperuntukkan ?

    Jumlah anggaran kos yang dianggarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya untuk membaikpulih Stadium Shah Alam ialah sebanyak RM153,016,320.00 dan Stadium Malawati ialah RM43,391,050.00. Pecahannya adalah seperti jadual dibawah:

     

    Jadual 3 : Jumlah Anggaran Kos Membaikpulih Stadium Shah Alam

    Bil Disiplin Anggaran Kos (RM)
    Isu Keselamatan Isu Kefungsian
    1. Senibina 47,720,840.00 49,477,160.00
    2. Awam dan Struktur 824,000.00
    3. Elektrik 15,800,000.00 6,000,000.00
    4. Mekanikal 32,846,320.00 348,000.00
      Jumlah 96,367,160.00 56,649,160.00
      Jumlah Besar 153,016,320.00

     

    Jadual 4 : Jumlah Anggaran Kos Membaikpulih Stadium Malawati

    Bil Disiplin Anggaran Kos (RM)
    Isu Keselamatan Isu Kefungsian
    1. Senibina 3,533,000.00 15,197,000.00
    2. Awam dan Struktur 551,000.00
    3. Elektrik 360,000.00
    4. Mekanikal 23,410,050.00 340,000.00
      Jumlah 27,303,050.00 16,088,000.00
      Jumlah Besar 43,391,050.00

     

  3. Bila dijangkakan siap untuk kerja-kerja membaikpulih stadium ini ?

    Jika sekiranya syor pembaikan kedua-dua Stadium tersebut dipersetujui dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, tempoh masa yang diperlukan untuk kerja-kerja membaikpulih Stadium Shah Alam adalah dalam tempoh 24 bulan dan Stadium Malawati dalam tempoh 18 bulan seperti di jadual di bawah:

     

    Jadual 5 : Tempoh Yang Diperlukan Untuk Membaikpulih Stadium Shah Alam

    Bil Disiplin Tempoh / Masa
    1. Senibina 24 bulan
    2. Awam dan Struktur 12 bulan
    3. Elektrik 12 bulan
    4. Mekanikal 18 bulan
      Jumlah 24 bulan

     

     

    Jadual 6 : Tempoh Yang Diperlukan Untuk Membaikpulih Stadium Malawati

    Bil Disiplin Tempoh/ Masa
    1. Senibina 12 bulan
    2. Awam dan Struktur 12 bulan
    3. Elektrik 06 bulan
    4. Mekanikal 18 bulan
      Jumlah 18 bulan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.