Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
244) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sewa yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat yang beroperasi di stadium tersebut?
Bermula 2003 sehingga kini, pengurusan stadium adalah di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam yang mana ianya telah diputuskan di dalam mesyuarat EXCO MTES bil. 17/2001. Segala kos pengurusan adalah di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam dan kos kerja-kerja pembaikan infrastruktur adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri.
-
Adakah Kerajaan Negeri/syarikat yang berkenaan mempunyai perancangan untuk mengecat semula stadium tersebut?
Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengemukakan kos kerja-kerja menaik taraf infrastruktur dan kemudahan sukan di Stadium Shah Alam bagi penyediaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) Negeri Selangor seperti perincian berikut :
Bil
Senarai Nama Projek
Kos Projek (RM) Tahap Projek Sangat Kritikal Kritikal Tidak Kritikal 1. Kerja Menanggal Dan Memasang Bumbung Polikarbonat Baru Berukuran 53,336 M2 Termasuk Mengganti Kerangka Aluminium Dan Mengecat Kerangka Besi Stadium Utama Shah Alam
1,334,000.00 √ 2. Kerja-Kerja Membaik Pulih Kemasan Dalam Dan Luar Stadium Shah Alam a) DINDING LUAR (294,740mp)
i. Cat Antifungus
ii. Tahan Kulat
iii. Heavy Duty
14,737,000.00
√
b) DINDING DALAM (294,740mp)
i. Cat Antifungus
ii. Jubin
iii. Wallpaper jenis vinil (VIP Room)
c) LANTAI (278,000mp)
i. Karpet (21-30oz)
ii. Homogenous
iii. Cement Render
14,737,000.00
19,460,000.00
√
√
Manakala kos kerja-kerja mengecat semula stadium masih dalam pertimbangan oleh Kerajaan Negeri.
-
Berapa tahunkah tempoh syarikat tersebut beroperasi?
Pengurusan stadium oleh Majlis Bandaraya Shah Alam adalah tertakluk kepada Kerajaan Negeri dan ianya tiada had tempoh yang ditetapkan.