Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

365) STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tarikh kelulusan kebenaran meroboh serta kebenaran merancang Stadium Shah Alam yang baharu? Berapakah jumlah pembiayaan untuk meroboh dan membina setiap komponen kompleks tersebut serta nyatakan sumber pembiayaan?

    Tarikh kelulusan Kebenaran Merancang Perobohan adalah pada 15 Disember 2023. Kebenaran Merancang untuk pembangunan KSSA akan dikemukakan setelah segala butiran susun atur komponen dimuktamadkan.

    Anggaran kos perobohan berjumlah RM35 juta. Sumber pembiayaan adalah melalui kaedah tanah gantian (land swap).

     

    NOTA TAMBAHAN :

    1. Anggaran kos ini adalah ‘provisional’ iaitu RM35 juta.
    2. Kos sebenar akan diketahui apabila setiap perolehan untuk kerja sub-kontrak dimuktamadkan.
    3. Perolehan dilaksanakan secara “open book”, iaitu pihak MBI dan Lembaran Prospek (MRCB) akan menilai kos kerja sub-kontraktor secara bersama.
    4. Sumber pembiayaan adalah melalui kaedah tanah gantian (land swap) yang akan dimasukkan ke dalam Perjanjian Pembangunan KSSA kelak.
    5. Sekiranya Perjanjian Pembangunan tidak dimeterai dalam masa 12 bulan yang ditetapkan dalam Kontrak Perobohan, kaedah alternatif lain akan dicadangkan yang mana sekiranya semua alternatif lain tidak dapat dipersetujui, kaedah monetari akan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.