Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
235) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Stadium Shah Alam sekarang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada Kompleks Sukan Baru yang dicadangkan?
Cadangan pembangunan melibatkan keseluruhan kawasan kompleks sukan Seksyen 13, Shah Alam. Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam mengambil kira masalah seperti banjir dan kesesakan lalu lintas serta memenuhi keperluan-keperluan ‘stakeholder’ termasuk aktiviti sukan dan riadah untuk anak muda Negeri Selangor. Keseluruhan susun atur yang dicadangkan melibatkan pembangunan kompleks sukan yang sesuai dengan keperluan semasa.
-
Bagaimana dengan nasib pengusaha padang sukan komersial dan Go-Kart berhampiran stadium?
Kesemua pengusaha sedia ada akan dinilai semula mengikut keperluan dan kesesuaian di Kompleks Sukan Shah Alam.