Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

31) STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dan apakah cabaran serta tindakan pihak pemaju untuk memastikan projek ini berjalan lancar?

    Lanjutan daripada Pelan Konsep Susun Atur yang telah disediakan oleh Pemaju, MBI Selangor sedang dalam proses perbincangan terperinci dengan Pemaju bagi menentukan butiran-butiran teknikal dan komersial. Setelah kesemua butiran teknikal dan komersial dipersetujui oleh semua pihak, Surat Setuju Terima akan dikeluarkan kepada Pemaju.

    Cabaran yang dihadapi oleh pihak pemaju dan MBI Selangor adalah untuk memastikan kehendak Kerajaan Negeri direalisasikan dengan kos dan masa yang bersesuaian. Antara tindakan yang diambil adalah mengadakan rundingan dan sesi libat urus awal bersama jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.