Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

70) STADIUM MINI PEKAN SABAK, SABAK BERNAM

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menaik taraf Stadium Mini Sabak?

    Peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf Stadium Mini Pekan Sabak,  Sabak Bernam berjumlah RM281,000.00.

  2. Apakah rancangan jangka pendek dan panjang bagi pembangunan sebahagian tanah stadium yang kini masih tetap dalam keadaan semak samun?

    Perancangan jangka pendek sebahagian stadium sedia ada akan dinaiktaraf dengan membina tandas baharu, longkang, bumbung, wiring dan mengecat bangunan. Perancangan jangka panjang, MDSB sedang dalam permohonan peruntukan untuk membangunkan keseluruhan tanah Stadium mengikut konsep 3K (Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan).

Lampiran

Tiada Lampiran.