Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
319) STADIUM KUALA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah stadium masih selamat digunakan oleh orang ramai?
Dari segi strukturnya, dua buah bangunan yang terdapat di Kompleks Sukan Kuala Selangor yang merangkumi Stadium Utama dan Stadium Tertutup masih selamat untuk digunakan. Namun ada kerosakan kecil yang melibatkan mendakan tanah yang tidak mengganggu struktur bangunan itu.
-
Berapakah peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan setahun?
Purata peruntukan penyelenggaraan bagi Kompleks Sukan Kuala Selangor sebanyak RM80,000.00 setahun.
-
Senaraikan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan di stadium ini dari 2008 hingga 2013?
Bil Tajuk 2008 2009 2010 2011 2012 2013 1 Pembaikan kecil
bangunan, mekanikal dan elektrik dan kemudahan sukan
67.496.80 87,108.00 113,325.00 62,590.00 183,899.00 71,009.40 Pada tahun 2010 dan 2012, pihak Majlis mendapat bantuan peruntukan penyelenggaraan dari Kerajaan Negeri.