Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

214) STADIUM BOLASEPAK DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah stadium Bolasepak yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri di bawah pejabat Menteri Besar

    Pejabat Menteri Besar tidak mempunyai sebarang stadium bola sepak, tetapi di miliki oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui agensi-agensinya seperti Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, terdapat juga stadium-stadium milik persendirian seperti Institusi Pengajian Tinggi Badan-BadanBerkanun dan juga Swasta.

  2. Sila nyatakan bilangan Stadium Bolasepak yang telah diubahkan kepada projek pembangunan (Seperti stadium FAS I PKNS di kelana jaya) di dalam Negeri dalam sepuluh tahun yang lepas.

    Setakat yang diketahui pihak Majlis tiada stadium bola sepak yang di ubah kepada projek pembangunan kecuali padang bola sepak dan perkara itu adalah di bawah pentadbiran pihak PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.