Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
233) SRA UZUR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan sekolah (SRA) yang telah dikenalpasti uzur dengan disusun mengikut merit serta nyatakan bagaimana penilain merit tersebut?
JAIS telah menyediakan satu senarai Rancangan Baik Pulih Jabatan (RBPJ) dengan menyenaraikan sekolah-sekolah uzur serta semua sekolah di bawah kawalan dan tanggungjawab JAIS mengikut merit dan keutamaan untuk dibaik pulih. Penilaian Merit dibuat berdasarkan aspek keselamatan pelajar, guru dan bangunan dengan memberikan penekanan kepada aspek keselamatan bangunan tersebut yang merangkumi aspek pendawaian elektrik, air, bumbung, tandas dan pagar sekolah agar sekolah dapat beroperasi dalam keadaan yang selesa dan kondusif.
-
Adakah peruntukan semasa tahunan Kerajaan Negeri dapat menampung sekolah (SRA) uzur yang melibatkan keselamatan guru dan pelajar (telah dimeritkan) cukup bagi menyelesaikan masalah ini dan nyatakan berapa sepatutnya yang perlu diterima oleh JAIS berdasarkan merit tersebut?
Peruntukan tahunan dari Kerajaan Negeri adalah terhad tetapi diberikan secara berterusan untuk membaiki sekolah-sekolah uzur. Sistem merit yang dibuat oleh JAIS berdasarkan susunan merit untuk setiap 3 tahun peruntukan tahunan. Ia sentiasa berubah berdasarkan pengstrukturan merit setiap awal tahun kewangan.
-
Berapa lama proses yang diambil dari kenalpasti sekolah (SRA) uzur, susun mengikut merit sehingga bangunan sekolah (SRA) boleh diguna dengan selamat?
Proses bagi mengenalpasti sekolah-sekolah uzur ini akan dilaksanakan melalui pegawai di peringkat Pejabat Agama Daerah (PAID) maklumat-maklumat ini akan diserahkan kepada Bahagian Pendidikan Islam JAIS serta Unit Pembangunan JAIS untuk tujuan pelaksanaan mengikut merit atau keutamaan.