Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
19) SRA KAMPUNG TAMAN MEDAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status perancangan pembinaan semula Sekolah Rendah Agama Kampung Taman Medan?
Status pembinaan semula SRA Kampung Taman Medan adalah di peringkat rekabentuk terperinci dan pelaksanaan kerja-kerja awalan di tapak. Jangkaan serah tapak kepada pihak Kontraktor Utama adalah pada akhir bulan April 2025 jika isu tapak telah diselesaikan perlu melalui proses pembatalan warta kerana sekolah ini sekarang dibina di atas warta tanah masjid JAIS. Ianya perlu dibatal warta agar tapak ini dapat diwartakan sebagai warta tapak sekolah JAIS bagi memenuhi keperluan Kebenaran Merancang (KM) oleh pihak PBT.
-
Berapakah kos pembinaan SRA ini dan bilakah dijangka siap?
Kos pembinaan SRA Kampung Taman Medan adalah sebanyak RM14,701,905.00 seperti yang telah dianggarkan oleh pihak JKR Selangor dan tempoh pembinaan semula sekolah ini adalah selama 24 bulan dari tarikh mula kerja di tapak pembinaan.