Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
41) SPIES
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senarai program-program di bawah SPIES yang telah dijalankan pada tahun 2009 dan setakat manakah peruntukan untuk SPIES telah dibelanjakan pada tahun 2009.
Program holistik Pembangunan Modal Insan Selangor SPIES merupakan satu agenda
penting kerajaan negeri yang bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkualiti, berdaya
maju, berdaya saing dan cemerlang. Selain itu, program ini dapat mencegah dan
mengatasi gejala sosial yang telah merebak dan menular di kalangan masyarakat di
Selangor. Gagasan pembangunan fizikal yang lestari telah dirancang dan sedang
dilaksanakan oleh kerajaan negeri perlu disepadukan dengan pembangunan modal
insan yang holistik, sebagai penjana kemajuan dan kejayaan dunia akhirat. Oleh itu,
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan yang berpatutan bagi
melaksanakan program tersebut.
Bermula Januari sehingga November 2009, sebanyak 225 program telah berjaya
dilaksanakan dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM 4,764,920 . Maklumat
mengenai program dan perbelanjaan secara terperinci adalah seperti berikut :
PROGRAM SPIES BILANGAN
PROGRAM
JUMLAH
PESERTA KOS(RM)
Masyarakat 1 60 6,000
Belia 71 5939 1,484,750
Alumni SPIES Belia 19 1670 417,500
PROGRAM SPIES BILANGAN
PROGRAM
JUMLAH
PESERTA KOS(RM)
Remaja 37 3733 933,250
Alumni SPIES remaja 9 900 225,000
SPIES Kepimpinan /Penjawat
Awam 33 2391 597,750
Ibubapa 10 2000 200,000
Ibu Tunggal 5 397 42,650
Pendidik 11 1085 271,250
Pelajar IPT 3 253 63,250
Alumni SPIES Kepimpinan 1 24 5,520
SPIES Siswa 7 660 165,000
SPIES Siswa 1K 3 132 33,000
SPIES AJK Masjid 4 400 100,000
SPIES Biro Pemuda (JKKK) 11 880 220,000
JUMLAH 225 20,524 4,764,920 -
Apakah kesan-kesan positif yang dapat dikesan oleh Kerajaan Negeri selepas pelaksanaan program SPIES terhadap kakitangan awam Selangor?
Kesan – kesan positif terhadap kakitangan awam Selangor selepas pelaksanaan
program SPIES adalah seperti berikut:
1) Penerapan Nilai Murni Keikhlasan dan Kejujuran
Melalui peningkat nilai spiritual dalam diri, para peserta dapat meningkatkan nilai
murni bekerja secara jujur dan ikhlas di tempat kerja masing-masing. Mereka dapat
diberikan kesedaran bahawa Tuhan sentiasa melihat dan membalasi apa jua amal
baik yang dilakukan. Ini juga dapat mengikis kecintaan materialistik tidak terkawal
dan menjurus kepada amalan buruk seperti rasuah dan ketirisan.
2) Meningkatkan Nilai Prihatin & Silaturrahim.
Dalam kontek perhubungan dengan rakan sekerja, ketua jabatan, kakitangan
bawahan, pelanggan dan masyarakat umumnya, program ini menekankan dan
menerapkan nilai prihatin, kasih sayang dan silaturrahim di dalam diri peserta iaitu
sentiasa menekankan bahawa kasih sayang adalah aspek penting di dalam
kehidupan kerana kasih sayang dapat menghindarkan kebencian dan dendam di
dalam diri manusia. Peserta juga dapat merasakan bahawa banyak konflik dan
krisis di antara manusia dapat diselesaikan melalui kasih sayang dan silaturrahim.
3) Meningkatkan semangat kerja berpasukan.
Aktiviti kerja berkumpulan dan sebagainya yang dijalankan telah dapat menanam
semangat kerjasama dan kemahiran bekerja secara berkumpulan. Mereka dapat
dilatih untuk meningkatkan mutu kerja dan khidmat kepada pelanggan melalui
muafakat, gotong royong dan saling bantu-bantu di antara satu sama lain.
4) Mengukuh semangat dan kemahiran mengamalkan demokrasi.
Dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan, mereka dilatih untuk memberanikan diri
memberi idea dan pendapat masing-masing. Oleh itu, mereka juga mendapat
keyakinan diri untuk memberi sebarang idea yang bernas untuk diterima oleh ahli
kumpulan dan untuk dibentang dan dibahaskan oleh ahli pasukan lain. Ini
menggalakkan mereka untuk berani memberi pandangan dan idea ditempat kerja
dalam meningkatkan mutu kerja dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
5) Mendisiplinkan diri
Sesuatu kerja memerlukan disiplin dan etika yang baik untuk membentuk peribadi
mulia yang dapat ditonjolkan di dalam sesebuah organisasi. Melalui program para
peserta di kehendaki untuk menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
aktiviti yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung setiap individu dilatih untuk
mendisiplinkan diri masing-masing dalam memenuhi kehendak kursus.
6) Keupayaan Berkomunikasi Dengan Pelanggan.
Peserta juga diajar kemahiran komunikasi dengan berkesan dalam memberi
perkhidmatan kepada pelanggan. Mereka dibantu memahami apakah faktor-faktor
yang boleh menghalang komunikasi dengan pelanggan di semua peringkat. Mereka
dibentuk supaya berfikiran positif dan terbuka. Apabila setiap perbezaan dapat
dikikis maka seseorang berkeupayaan untuk menerima dan memberi arahan dengan
baik. Jika tidak halangan-halangan komunikasi akan berlaku yang menyebabkan
pergerakan sesuatu organisasi menjadi perlahan dan terbantut.
7) Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
Salah satu unsur penting untuk menghasilkan sesuatu impak yang paling berkesan
dalam kerja adalah intelek. Justeru itu program ini menggalakkan setiap peserta
mengkritik secara objektif dan sedia berkongsi idea dan buah fikiran melalui aktiviti
berkumpulan yang memerlukan persefahaman di dalam penerimaan dan
perkongsian input. Ini menggalakkan penambahbaikan mutu kerja secara kolektif di
tempat kerja mereka.
8) Menjadikan Penjawat Awam Lebih Proaktif
Modul SPIES ini sesuai dan mampu menjadikan kakitangan Kerajaan menjadi lebih
dinamik dan proaktif dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Ia
melatih setiap peserta supaya berani dan berinisiatif untuk memulakan perubahan
diri dan cara kerja, agar kerja yang dilakukan sentiasa lebih baik berdasarkan
semangat ‘kaizen”. Kesedaran ini jjuga mendorong penjawat awam memberikan
khidmat dengan cekap dan pantas kepada rakyat.