Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

186) SPEK MENURAP JALAN DI BAWAH MARRIS FUND

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah lama kepada turapan jalan harus diturap bawah cara mill and pave?

    Sejak tahun 2013, setiap kawasan Ahli Dewan Negeri (ADN) telah diperuntukkan RM3,000,000.00 daripada peruntukan MARRIS yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan yang diselaraskan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membolehkan ADN mencadangkan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih jalan di kawasan masing-masing. Bagi tujuan tersebut, pihak PBT dan ADN disarankan mengadakan perbincangan secara berkala bagi membolehkan kedua-dua pihak mengenal pasti senarai projek dan melaporkan status pelaksanaan projek dari semasa ke semasa.

  2. Adakah projek MARRIS tahunan akan dimohon cadangan daripada ADN/Ahli Parlimen tidak kira parti politik?

    Sejak tahun 2013, setiap kawasan Ahli Dewan Negeri (ADN) telah diperuntukkan RM3,000,000.00 daripada peruntukan MARRIS yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan yang diselaraskan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membolehkan ADN mencadangkan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih jalan di kawasan masing-masing. Bagi tujuan tersebut, pihak PBT dan ADN disarankan mengadakan perbincangan secara berkala bagi membolehkan kedua-dua pihak mengenal pasti senarai projek dan melaporkan status pelaksanaan projek dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.