Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
42) SOP BENCANA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah SOP yang ditetapkan dalam menghadapi bencana dan adakah ADUN turut terlibat dalam pemilihan ahli jawatankuasa bencana?
Berdasarkan Lampiran J, Arahan No. 20 (semakan semula) Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Garis panduan dalam pengendalian kejadian bencana adalah seperti berikut :
Apabila mendapat laporan mengenai kejadian sesuatu Bencana sama ada daripada orang awam, media atau Pusat Kawalan PDRM (DCC, CCC ataupun MCC, yang mana berkaitan), pihak PDRM yang bertanggungjawab di kawasan kejadian bencana tersebut hendaklah dengan secepat mungkin menuju ke tempat kejadian untuk membuat penilaian tahap Bencana yang
Pada masa yang sama, Agensi Penyelamat dan Agensi Bantuan dan Pemulihan yang terlibat dengan pengendalian Bencana juga hendaklah menuju ke tempat kejadian dan bersedia untuk bertindak apabila diperintahkan berbuat demikian oleh Komander Operasi
Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Negeri atau Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, PDRM yang mana berkaitan mengikut peringkat pengendalian Bencana hendaklah membuka PKTK dengan dan bertindak sebagai Komander Operasi Bencana mengikut peringkat pengendalian
Komander Operasi Bencana hendaklah menyelaras segala tindakan yang diambil oleh Agensi Penyelamat dan Agensi Bantuan dan Pemulihan yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat dan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa
Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan digerakkan pada masa yang sama mengikut peringkat pentadbiran pengendalian Bencana, bagi menyelaras, mengawasi serta melaksanakan operasi mencari dan menyelamat serta lain-lain bantuan kecemasan dalam mengurus Bencana yang berlaku.
Komander Operasi Bencana hendaklah melaporkan dari semasa ke semasa keadaan Bencana kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang bersidang di PKOB untuk mendapatkan bantuan dan
Agensi Penyelamat dan Agensi Bantuan dan Pemulihan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat dan lain-lain bantuan kecemasan di tempat kejadian Bencana hendaklah menjalankan tugas mengikut pembahagian tugas serta kepakaran masing-masing sebagaimana yang diarahkan oleh Komander Operasi
Untuk makluman YB, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak tersenarai di dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Senarai keahlian adalah seperti di Lampiran D, Arahan No. 20 (semakan semula) Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara :
- KEAHLIAN :
Pengerusi : Pegawai Daerah
Ahli-ahli : 1. Ketua Polis Daerah
- Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah
- Pegawai Kesihatan Daerah
- Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah
- Pegawai Jabatan Alam Sekitar Daerah
- Wakil Angkatan Tentera Malaysia
- Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah / Wakil Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
- Yang Dipertua Majlis Perbandaran / Daerah
- Pegawai Pertahanan Awam Daerah
- Wakil Jabatan Meteorologi Malaysia
- Pegawai Penerangan Malaysia
- Pegawai Pelajaran Daerah
- Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya
- Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran
- Pegawai RELA Daerah
- Wakil Jabatan Mineral dan Geosains Negeri
- Pengurus Telekom Malaysia Daerah
- Pengurus Tenaga Nasional Berhad Daerah / Wakil Pengurus Syarikat Bekalan Elektrik Negeri
- Wakil Pengarah / Pengurus Jabatan / Syarikat Bekalan Air Negeri
- Wakil Pengurus Jabatan Penerbangan Awam Negeri / Daerah
- Pengarah Kementerian Pelancongan Negeri
/ Pejabat Tourism Malaysia Negeri
- Penghulu / Penggawa Mukim
Turut Hadir : Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Setiausaha : Setiausaha Keselamatan Daerah,
Pegawai Pertahanan Awam Daerah
[Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyerahkan kuasa sekretariat kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor menjadi sekretariat bersama JPAM di peringkat negeri]