Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

374) SOKONGAN WARGA EMAS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah baru yang boleh dicapai bagi menangani pertambahan warga emas?
    Misalnya program-program yang membantu mereka bergiat secara aktif.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor membantu warga emas bergiat secara aktif melalui Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). PAWE ditubuhkan sebagai pusat aktiviti harian warga emas dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas. Dengan penubuhan PAWE, ianya berupaya mempelbagai dan memperluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas; menghargai warga emas melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran; menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam pembangunan warga emas; dan meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.

    Pada tahun 2024, sebanyak 4 (empat) buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) baharu telah ditubuhkan di Selangor termasuk PAWE Ampang yang terletak di Dewan Kampung Melayu Tambahan Ampang. PAWE tersebut dikendalikan oleh Persatuan Melayu Ampang Selangor yang telah diluluskan peruntukan Bantuan Kewangan PAWE oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM10,000.00 bagi tujuan operasi dan pelaksanaan program-program warga emas yang terdiri daripada 5 (lima) dimensi. 5 dimensi tersebut adalah terdiri daripada dimensi penuaan aktif, penuaan sihat, penuaan positif, penuaan produktif dan penuaan menyokong.

  2. Jika ada, bagaimana sambutan di Lembah Jaya?

    Status Program Skim Mesra di bawah YAWAS khususnya yang berkaitan dengan warga emas di kawasan DUN Lembah Jaya bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.