Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
184) SOKONGAN TERHADAP PESAKIT COVID-19 POSITIF DAN WARGA SELANGOR DI BAWAH TEMPOH KUARANTIN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ramai tidak mendapat panduan yang mencukupi ketika dijangkiti COVID-19 atau dalam tempoh kuarantin. Apakah Kerajaan Negeri akan menyediakan hotline yang mencukupi supaya mereka tahu apa yang patut dilakukan ketika dalam tempoh pemulihan/kuarantin? (terutamanya Kategori 1 & 2)
Infografik dan panduan pendidikan kesihatan pesakit COVID-19 termasuk garis panduan pengasingan diri di rumah ada disediakan di laman Facebook JKN Selangor dan laman Facebook Cawangan Promosi Kesihatan JKN Selangor. Selain itu terdapat edaran bunting Health Education di PPV dan CAC Awam. Hotline PKD dan CAC yang boleh dihubungi adalah seperti yang telah tertera di laman Facebook JKN Selangor.