Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
212) SOKONGAN TERHADAP INKUBASI SYARIKAT TEKNOLOGI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sokongan terhadap inkubasi syarikat teknologi di Selangor, termasuk penyediaan dana untuk ruang kerja dan program bimbingan bagi syarikat startup?
Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan inisiatif bagi menyediakan sokongan kepada PKS yang baru ditubuhkan ialah melalui Selangor Accelerator Program (SAP) adalah program latihan intensif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec).
Program ini bertujuan untuk menyokong dan memperkasa syarikat pemula (startups) tempatan dalam fasa awal perkembangan mereka. SAP menyediakan bimbingan dan sumber yang diperlukan seperti latihan pembangunan perniagaan, kelas pitching, mentoring, co-working space dan akses kepada beberapa syarikat modal teroka dan agensi berkaitan yang menyediakan bantuan sokongan modal perniagaan seperti Cradle, Penjana Capital, Mavcap, The Hive telah membuka peluang kepada syarikat pemula (startups) tempatan ini mendapatkan pelaburan – pelaburan baru disamping menjadi sokongan ekosistem yang kondusif kepada syarikat ini. untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat-syarikat ini dan membantu mereka menjadi lebih kompetitif di pasaran.
Sumber : Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC)