Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
167) SOKONGAN GOLONGAN MUDA DAN BELIA BERKENAAN IDEOLOGI SERTA DASAR-DASAR PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat bentuk program yang bersesuaian yang dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri untuk golongan muda dan belia bagi menyokong ideologi dan dasar-dasar kerajaan sekarang?
Sokongan golongan muda dan belia adalah perlu bagi menyampaikan dasar-dasar pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang akan berperanan menyampaikan dasar kerajaan dan menarik penglibatan belia di dalam program yang dirancang oleh kerajaan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah dan sedang melaksanakan program ‘ Youth In Community’ di mana para belia akan ditetapkan nilai-nilai kemasyarakatan selarads dengan dasar merakyatkan Ekonomi Selangor. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan beberapa program bersama pelajar IPTA dan belia di kampung bagi menarik belia menyokong ideologi dan dasar-dasar kerajaan.
-
Berapa peratus golongan muda dan belia terutama di kawasan kampung yang terlibat serta aktif di dalam membantu pihak Kerajaan dalam menyampaikan dasar dan ideologi kerajaan serta mendapat sokongan setempat?
Memandangkan program ini baru dijalankan dan masih di peringkat permulaan Kerajaan Negeri masih belum mengadakan kajian khusus menilai penglibatan para belia yang terlibat secara aktif dalam membantu pihak kerajaan dalam menyampaikan dasar dan ideologi kerajaan.