Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

8) SOCIO-EKONOMI ORANG ASLI TERJEJAS DI PULAU CAREY

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan projek mega pelaburan bakal dilaksanakan di Pulau Carey, apa yang harus dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kehidupan, socio-ekonomi dan tanah adat Orang Asli Mahmeri dikekalkan dan dilindungi?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan dan menjaga kebajikan rakyatnya dan tidak terkecuali masyarakat Orang Asli. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, Kerajaan Negeri akan memastikan pelaksanaan kajian dan perancangan Projek Pemacu Perubahan Carey Selangor mengutamakan kepentingan rakyat terutamanya masyarakat Orang Asli.

     

    Justeru itu, Kerajaan Negeri bersama agensi yang terlibat serta  pihak JAKOA akan meneliti impak pelaksanaan projek ini supaya tidak menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut malahan akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi keutamaan kepada masyarakat Orang Asli di Pulau Carey terutamanya dari aspek penempatan, warisan, dan adat yang amat penting di kalangan masyarakat Orang Asli.

Lampiran

Tiada Lampiran.