Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

206) SOCIAL ENTREPRENEURSHIP

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah galakan baru yang akan diwujudkan bagi membantu (dengan izin) 'social entrepreneurship' di Selangor?

    Untuk Makluman Yang Berhormat, “Social entrepreneurship” merujuk kepada keusahawanan yang didorong oleh matlamat sosial atau alam sekitar, serta bertujuan untuk menghasilkan impak yang positif kepada masyarakat dan ekonomi. Kerajaan Negeri menggalakkan perusahaan yang mendukung semangat “social entrepeneurship” yang akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri yang inklusif dan seimbang. Walau bagaimanapun, tiada sebarang program khusus buat masa ini.

    Namun begitu, program-program sedia ada Kerajaan Negeri secara tidak langsung menyokong semangat “social entrepeneurship”. Pemberian Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) sebagai contoh, mensasarkan kepada perusahaan yang mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang pekerja, yang secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan sekitar.

    Dalam hal ini, Kerajaan Negeri mengalu-alukan idea dalam merangka pelbagai inisiatif dan insentif bagi menggalakkan pertumbuhan keusahawanan sosial yang memfokuskan kepada aspek komuniti di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.