Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

27) SMUE UNTUK OKU BAWAH UMUR DAN WARGA EMAS/OKU SAKIT TERLANTAR SEJAK KECIL.

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memansuhkan syarat kelayakan sebagai pengundi Selangor untuk OKU di bawah umur 18 tahun?

    Untuk makluman Meru, pada ketika ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan syarat kepada OKU di bawah 18 tahun untuk menjadi pengundi di Negeri Selangor.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan pendaftaran automatik SMUE untuk warga emas/OKU yang sakit terlantar sejak kecil lagi?

    Setiap pendaftaran bagi program SMUE untuk warga emas/OKU perlu mempunyai maklumat data yang lengkap dan terkini dari setiap ahli dan juga pewaris. Sekiranya pendaftaran automatik SMUE untuk warga emas/OKU ini hendak dilaksanakan, ia perlu mengambil kira kaedah untuk mendapatkan maklumat penerima dan pewaris secara automatik. Untuk mendapatkan maklumat seperti itu, jaringan kerjasama dan pembekalan data dari pelbagai agensi dari Kerajaan Pusat seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi lain yang berkaitan adalah diperlukan dalam bagi melancarkan proses pendaftaran dan seterusnya penyerahan manfaat kepada ahli berdaftar.

    Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan mekanisma pendaftaran automatik ini berdasarkan kebolehlaksanaan dari pelbagai sudut bagi cadangan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.