Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
205) SMUE SMIS – KELULUSAN PERMOHONAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang dilakukan untuk mempercepatkan proses kelulusan permohonan?
Setiap permohonan yang diterima perlulah melalui garis panduan yang telah ditetapkan dan diluluskan diperingkat Ahli Lembaga Pemegang amanah YAWAS (ALPAY). Setiap borang permohonan perlu dihantar bersama dokumen sokongan yang lengkap ke Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya akan disemak dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh hantar/terima.
Walaubagaimanapun, bagi tempoh masa proses kelulusan bergantung kepada jumlah borang permohonan yang diterima. Untuk Makluman, semenjak jumlah Program Jom Shopping SMUE/SMIS dinaikkan kepada RM150, YAWAS menerima permohonan baharu yang mendadak sehingga mencapai tiga (3) kali ganda peningkatan daripada permohonan pada Disember 2022.
-
Apakah punca-punca utama permohonan ditolak?
Antara punca permohonan ditolak adalah kerana tidak menepati syarat kelayakan yang ditetapkan seperti yang telah ditetapkan:
- Bukan Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
- Bukan kelahiran Negeri Selangor atau tidak menetap di Negeri Selangor.
- Tidak mencapai umur 60 tahun semasa permohonan dibuat khasnya bagi pemohon Skim Mesra Usia Emas.