Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

13) SMUE

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilangan Baucar Jom Shopping SMUE yang telah diagihkan pada tahun ini mengikut DUN.

    Senarai penerima Jom Shopping Mesra yang telah diagihkan mengikut DUN sehingga Oktober 2024 adalah seperti berikut:

  2. Adakah kerajaan merancang untuk meningkatkan sumbangan khairat kematian kepada warga emas?

    Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk merasionalisasikan semua program yang mempunyai komponen khairat kematian. Penyatuan program-program khairat kematian membolehkan penyelarasan yang sistematik dan proses yang lebih teratur terutama bagi mengurangkan risiko pertindihan bantuan dari pelbagai sumber.

     

  3. Adakah kerajaan akan menaikkan nilai baucar SMUE setara dengan nilai Jom Shopping Perayaan, iaitu RM200?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan bagi menambah baik inisiatif warga emas yang lebih holistik termasuklah perkhidmatan yang bertepatan dengan keperluan golongan tersebut. Oleh itu, tiada sebarang perancangan untuk menaikkan jumlah nilai bantuan baucar Jom Shopping Skim Mesra.

Lampiran

Tiada Lampiran.