Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

59) SMUE

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan menyusun kembali senarai penerima baucer Jom Shopping SMUE mengikut persempadan DUN semasa?

    Bagi pendaftaran baru program skim mesra usia emas (SMUE), pihak YAWAS hanya menerima dan memproses permohonan yang diterima daripada Pusat Khidmat DUN dan merujuk kepada cop pengesahan DUN yang telah menghantar permohonan terbabit. Ini kerana PKM DUN yang dipilih oleh pemohon tersebut berkemungkinan berhampiran dengan kawasan tempat tinggal pemohon.

    Untuk pendaftaran yang lama, data di dalam sistem akan dikekalkan melainkan ahli SMUE atau PKM DUN memberikan surat memohon pertukaran DUN kepada pihak YAWAS.Tindakan ini dibuat adalah bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dengan pendaftaran yang dibuat sebelum ini.

    Pihak YAWAS telah mengambil inisiatif untuk menyelaraskan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sebelum ini, tetapi format alamat daftar pengundi dan format data alamat SMUE adalah berbeza.

Lampiran

Tiada Lampiran.