Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
241) SMARTSEL
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini kerja-kerja infrastruktur telekomunikasi di kawasan industri teknologi tinggi.
Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikatnya Smartsel Sdn Bhd selaku pemegang lesen telekomunikasi NFP, NSP & ASP, yang berperanan di dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan mengurangkan kesenjangan digital di Negeri Selangor. Inisiatif Jalur Lebar Industri (JALIN) oleh Smartsel telah diperkenalkan pada tahun ini bagi memastikan ketersediaan kemudahan capaian internet di zon perindustrian dan logistik yang diperlukan dalam penggunaan aplikasi teknologi IR4.0.
Melalui inisiatif JALIN, Smartsel melakukan kerjasama strategik bersama Invest Selangor dan pemain industri telekomunikasi sedia ada seperti Telekom Malaysia (TM), Kumpulan Jaringan Selangor (KJS), Edotco, Celcom, Digi, Maxis, YTL, TIME dan Allo Technology mengikut kesesuaian pelan strategik. Antara skop kerja berkaitan ialah pembinaan menara pemancar 4G/5G dan pemasangan fiber optik bagi mendapatkan liputan internet talian tetap dan mudah alih yang lebih meluas.
-
Senaraikan kawasan yang sudah dalam operasi infrastruktur dan kos belanja terkini.
Terdapat 6 kawasan yang sedang di dalam pembangunan dan siri perbincangan infrastruktur JALIN seperti berikut;
Berdasarkan ucapan belanjawan 2022 oleh Dato’ Menteri Besar Selangor pada 26 November 2021, peruntukan bagi inisiatif JALIN berjumlah RM6 juta masih belum digunakan kerana sehingga kini kos pembangunan infrastruktur tersebut dibiayai oleh rakan kerjasama strategik bagi pembangunan menara pemancar 4G.