Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
159) SMART TRAFFIC LIGHT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menukar lampu isyarat sedia ada kepada 'Smart Traffic Light' yang berkualiti?
Buat masa ini, tiada sebarang perancangan atau program dibawah Kerajaan Negeri untuk menggunakan smart traffic light atau lampu isyarat pintar.
Walaubagaimanapun, projek perintis lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan telah mula dilaksanakan pada Ogos 2023 (melibatkan 7 simpang) dengan menggunakan peruntukan Kementerian Kerja Raya sebanyak RM 1 Juta. Simpang-simpang yang terlibat adalah seperti berikut:
- Simpang Tiga Kilang gula CSR
- Simpang Tiga Subang Hi-Tech
- Simpang Tiga Tol Ebor
- Simpang Tiga Proton Rahman Brothers
- Simpang Tiga Glenmarie
- Simpang Tiga Batu Tiga Lama
- Simpang Empat Giant 199