Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
219) SMART SISTEM INISIATIF PEDULI RAKYAT (SSIPR)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembangunan Smart Sistem Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) yang dibangunkan untuk menjamin pelaksanaan program yang efektif oleh Kerajaan Negeri?
Untuk makluman Yang Berhormat Gombak Setia, Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) kini sudah mencapai 98% sebelum dapat diserahkan sepenuhnya kepada pihak Kerajaan Negeri, yang dijangka pada penghujung bulan ini.
Bagi progress terkini, pihak teknikal daripada Kerajaan Negeri bersama pihak vendor kini sedang dalam proses untuk menyelesaikan User Acceptance Test (UAT), Provisional Acceptance Test (PAT) dan Final Acceptance Test (FAT) bagi modul Sistem MyIdentity bersama Agensi-Agensi Pelaksana yang terlibat.