Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
183) SMART SELANGOR SMART CITIES
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk perancangan yang boleh mendidik masyarakat awam untuk menjadi Smart Citizen dalam pembangunan infrastruktur Smart Selangor?
Untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman, pengetahuan dan penglibatan Rakyat Selangor dan masyarakat awam ke arah Smart Citizen, kaedah mass colloboration telah digunakan. Masyarkat awam digalakkan melalui participatory approach dengan melibatkan diri melalui sesi engagament, memberi maklum- balas, cadangan, polling dan aduan berkenaan mana-mana polisi atau dasar Kerajaan Negeri.
-
Berapakah peruntukan yang dikeluarkan dan penjimatan kos yang diperoleh daripada pembangunan Smart Selangor?
Peruntukan 2017 bagi projek-projek di bawah Smart Selangor adalah seperti di bawah:
No. Projek Jumlah 1. Smart Application Development Platform RM12 juta 2. Big Data Command & Control Centre Feasibility Study RM2 juta 3. Internet of Things (IoT) RM2 juta 4. Wifi Smart Selangor RM6 juta Masih terlalu awal untuk menentukan penjimatan bagi projek-projek ini.
-
Setakat ini apakah tahap kejayaan yang telah dicapai Smart Selangor?
Smart Selangor Executive Summary Blueprint telah dilancarkan pada 6hb Disember tahun lepas berteraskan 12 Smart Domains yang menjadi asas pembangunan untuk Selangor menjadi sebuah Smart State pada tahun 2025. Di samping itu, sempena pelancaran Smart Selangor Blueprint, SSDU turut menganjurkan Selangor Smart City International Conference buat julung kalinya dihadiri pakar-pakar pembangun Smart City antarabangsa. Pada masa yang sama, beberapa pilot projek telah dijalankan dan antara kejayaan yang telah dicapai termasuk:
- Sesi Lab Smart Selangor Bersama 20,000 Rakyat Selangor Bermula Jun 2016
- Menjalankan lebih daripada 20 sesi lab bersama agensi kerajaan negeri dan kaji selidik rakyat untuk mengenal pasti permasalahan rakyat untuk dijadikan tumpuan inisiatif-inisiatif penyelesaian di bawah program Smart Selangor.
- Pembersihan Sungai Klang
- Sebanyak 48 mini log booms telah dipasang sepanjang Sg. Klang. Dari bulan Feb 2016 sehingga Feb 2017, sebanyak 20, 809 MT sampah telah dikumpul dan dihantar ke land fill. Di samping itu, aktiviti kitar semula telah turut dilaksanakan. Setakat ini, dari bulan Mac, 1,100 kg barangan yang boleh dikitar semula telah dikutip dan diasingkan justeru mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.
- Wi-Fi Smart Selangor
- Sehingga Disember 2016, Wifi Smart Selangor telah merekodkan jumlah sesi sebanyak 8.6 Juta pada tahun 2016 menjadikan Wifi Smart Selangor salah satu rangkaian tersibuk di kalangan pembekal data di Malaysia.
- Waze Connected Citizens Program
- Memeterai perjanjian dengan pihak Waze dan 7 PBT pada bulan Oktober 2016 untuk membolehkan aduan jalan berlubang menerusi pengguna aplikasi Waze diterima oleh pihak PBT untuk diperbaiki. Setakat ini, PBT-PBT yang telah memeterai perjanjian bersama Waze adalah seperti berikut:
- MBSA
- MBPJ
- MPSJ
- MPAJ
- MPKJ
- MPK
- MPS
- Transit Oriented Development
6 lokasi berpotensi telah dikenal-pasti untuk pembangunan TOD seperti berikut:
- KTMB Pengkalan Batu
- KTMB Shah Alam
- KTMB Jalan Kastam
- LRT3 Seksyen 14
- KTMB Port Klang
- MRT Kwasaland
Meningkatkan kecekapan operasi pengurusan sisa pepejal negeri
Mengkaji punca permasalahan dan merangka kaedah penyelesaian pengurusan sisa pepejal di negeri Selangor. Sebuah Project Management Company telah ditubuhkan untuk menguruskan operasi kutipan sisa pepejal yang lebih baik menerusi program Smart Waste Management. Sistem ini berteraskan penggunaan sistem pemantauan dan aduan serta kaedah pembiayaan aset kutipan yang membolehkan penyeragaman aset-aset kutipan baru.
- Internet of Thing (IoT) Platform
IoT Platform adalah pembangunan jaringan telekomunikasi yang membolehkan sensors dan controllers berkomunikasi dan berkongsi data di antara satu sama lain. Jaringan IoT ini mengguna pakai teknologi yang dapat mengurangkan risiko operasi dan cyber security. Proses perolehan diperingkat MBI sedang dijalankan dan akan dimuktamadkan pada bulan Mei.
- Public Citizen Partnership Platform (PCP)
Platform ini adalah medium untuk rakyat menyuarakan idea, pendapat dan cadangan secara proaktif kepada Kerajaan Negeri secara online dan seterusnya bersama-sama mengambil bahagian untuk merancang program pembangunan terutamanya yang melibatkan komuniti secara langsung. Ia juga berperanan sebagai medium yang membolehkan Kerajaan Negeri menganalisa segala input daripada rakyat secara kolektif, menambah baik polisi dan membuat keputusan yang lebih relevan, yang mampu mendapatkan ‘buy-in’ yang tinggi daripada rakyat. Proses perolehan diperingkat MBI sedang dijalankan dan akan dimuktamadkan pada bulan Mei.