Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

49) SMART SELANGOR PARKING APP

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah strategi SSDU untuk membincang semula perjanjian Godell dan MPSJ untuk memastikan supaya Smart Selangor Parking App dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini?

    Secara dasarnya SSDU bukanlah merupakan pihak yang terlibat di dalam perjanjian konsesi pengurusan parkir di antara Godell dan MPSJ.

    Namun begitu, SSDU telah pun memberikan penerangan secara menyeluruh berkaitan pengoperasian Smart Selangor Parking (SSP) kepada pihak MPSJ pada bulan Oktober 2018, yang dipengerusikan oleh Puan Yang Dipertua MPSJ. Berbekalkan pengalaman melaksanakan SSP dengan jayanya di enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, SSDU amat bersedia untuk melaksanakan Smart Selangor Parking di kawasan MPSJ.

    Walaupun terdapat banyak permintaan daripada penduduk MPSJ agar SSP digunapakai di MPSJ, terdapat beberapa isu perundangan yang hanya boleh diselesaikan oleh pihak MPSJ terlebih dahulu sebelum penggunaan SSP dapat dibenarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.