Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
181) HOMESTAY
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah homestay dari 2016-2018 mengikut PBT dan apakah syarat utama untuk pembinaan homestay?
Sebanyak 15 homestay atau inap desa yang berdaftar di bawah Program Homestay di Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC). Senarai bilangan homestay tersebut mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT JUMLAH HOMESTAY MPSepang 1 MPS 1 MDKL 5 MDHS 1 MDKS 2 MDSB 5 JUMLAH 15 Nota: Sumber data dari Motac
Berikut merupakan syarat-syarat utama bagi pembinaan homestay berdasarkan takrifan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) :
- Harus mempunyai sekurang-kurangnya 10 buah rumah bagi setiap kluster homestay;
- Bagi rumah panjang, harus mempunyai sekurang-kurangnya 10 unit rumah di dalam sesebuah kluster rumah panjang berkenaan;
- Maksimum 4 buah bilik sahaja disediakan oleh seorang tuan rumah kepada pelancong;
- Mempunyai kemudahsampaian dari segi perhubungan dan pengangkutan;
- Menjaga tahap kebersihan rumah kediaman dan kawasan persekitaran kampung;
- Menjaga keselamatan pelancong sepanjang penglibatan;
- Menawarkan dan melibatkan pelancong dalam aktiviti-aktiviti masyarakat kampung seperti menoreh getah, sawah padi, memancing, memetik koko, kelapa dan sebagainya; dan
- Menawarkan dan melibatkan pelancong dalam permainan sukan tradisional dan kebudayaaan seperti congkak, sepak raga, caklempong, tarian rakyat dan sebagainya.
-
Nyatakan jumlah tindakan tutup dan saman keatas homestay dari tahun 2016-2018 mengikut PBT?
- Dari tahun 2016 sehingga 2018, tiada homestay yang dikenakan tindakan tutup atau saman oleh PBT. Namun demikian, pada tahun 2017 terdapat satu buah homestay telah dicadangkan untuk digugurkan daripada program homestay MOTAC iaitu Homestay Seri Kayangan, Sabak Bernam kerana berlaku konflik dalaman homestay Cadangan tersebut telah dikemukakan kepada pihak MOTAC Putrajaya untuk dipertimbangkan. Semenjak daripada itu, MOTAC Selangor tidak lagi mempromosikan Homestay Seri Kayangan tersebut.
Bil Nama Homestay PBT 1 Homestay Banghuris,
Lot 1829, Jalan Tailong
Kg. Ulu Chuchoh,
43950, Sungai Pelek, Sepang, SelangorMP Sepang 2 Homestay Sg. Hj. Dorani
Pusat Homestay Parit 1,
Sungai Hj. Dorani, Sungai Besar
45300 Sabak Bernam, SelangorMDSB 3 Homestay Air Manis
Lot 2257, Jalan Haji Marsor,
Kg. Batu 37 Darat,
45200 Sabak Bernam, SelangorMDSB 4 Homestay Batu 23, Sg. Nibong
d/a Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar
Sabak Bernam, SelangorMDSB 5 Homestay Sepintas
Batu 4,
45200 Sabak Bernam, SelangorMDSB 6 Homestay Papitusulem,
Balai Raya Parit Tujuh Baroh Sungai Leman,
45400 Sekinchan,
SelangorMDSB 7 Homestay Sg. Sireh,
Kampong PT 1,
Sg. Sireh
45500 Tanjung Karang,
Kuala Selangor, SelangorMDKS 8 Homestay Bougainvilla,
No. 78 Jalan KSK 4,
Kampong Sungai Kertas
68100 Batu Caves, SelangorMPS 9 Homestay Kg. Endah,
PSK 11 Jalan Sekolah,
Kg. Endah
42700 Banting, SelangorMDKL 10 Homestay Kampung Sg. Lang Tengah,
D/A Lot 1594, Kg. Sg. Lang Tengah,
42700 Banting, SelangorMDKL 11 Homestay Batu Laut,
No. 1, Jalan Sekolah,
Kg. Batu Laut,
42800 Tanjung Sepat, Kuala Langat
SelangorMDKL 12 Homestay Kg. Kundang,
Kampong Kundang,
Pejabat Pos Tanjung Sepat,
42800 Kuala Langat, SelangorMDKL 13 Homestay Kanchong Darat,
Batu 23, Jalan Aman,
Kanchong Darat
42800 Banting, Kuala Langat
SelangorMDKL 14 Homestay Sg. Tengi,
Pejabat JKKK Desa Maju Sungai Tengi
44010 Kuala Kubu Bharu
Hulu Selangor, SelangorMDHS 15 Homestay Sungai Sembilang
Lot 1620, Jalan Khailani,
BT 17, Sg. Sembilang
45800 Jeram, Kuala Selangor, SelangorMDKS