Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

181) SMART SELANGOR PARKING

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah statistik bilangan pengguna berdaftar dan pengguna aktif aplikasi ini?

    Bermula dari 1 Julai 2018 sehingga 28 Februari 2019, terdapat lebih daripada 140,000 pengguna berdaftar yang menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking secara berkala.

  2. Berapa transaksi dan hasil daripada aplikasi pintar ini berbanding bayaran lama?

    Sehingga 28 Februari 2019, Smart Selangor Parking mencatatkan bilangan transaksi pembayaran parkir melebihi 3 juta transaksi, dan mencatatkan bilangan pengeluaran kompaun melebihi 1.6 juta transaksi. Akan tetapi, tiada perbandingan di antara kaedah atas talina ini berbanding kaedah lama seperti penggunaan kupon dan mesin syiling yang dilaksanakan. Walau bagaimanapun, berkemungkinan Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai data dan analisa tersebut.

  3. Mengapa terdapat PBT yang belum menggunakan applikasi ini?

    Terkini, Smart Selangor Parking telah pun digunapakai di 6 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Walaupun terdapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai, akan tetapi masih terdapat beberapa PBT yang masih belum menyertai pelaksanaan Smart Selangor Parking disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

    1. Implikasi perundangan yang melibatkan perjanjian jangka-jangka konsesi parkir bagi membolehkan pelaksanaan atau integrasi Sistem Smart Selangor Parking, contohnya MPSJ dan MDKL
    2. Ketersediaan PBT yang telahpun melaksanakan sistem parkir tersendiri yang terdahulu sebelum Sistem Smart Selangor Parking untuk melaksanakan integrasi dengan sistem Smart Selangor Parking, contohnya MPK

    iii.PBT yang baharu mendapat kelulusan untuk mengenakan caj parkir bermula   2019, contohnya MDKS

    1. PBT yang tidak mengenakan caj parkir, contohnya MDHS dan MDSB

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.