Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

183) Smart Selangor Parking

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah tahap penggunaan aplikasi Smart Selangor Parking di kalangan pengguna?

    Smart Selangor Parking (SSP) telah beroperasi sejak 2018 dengan penglibatan sebanyak 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor iaitu;

    1) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    2) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
    3) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
    4) Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
    5) Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
    6) Majlis Perbandaran Selayang (MPSelayang)
    7) Majlis Perbandaran Klang (MPKlang)
    8) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
    9) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
    10) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

    Bagi jumlah pengguna yang mendaftar dengan aplikasi SSP, sehingga bulan Oktober 2020 adalah seramai 1.3 juta pengguna. Daripada jumlah 1.3 juta yang telah direkodkan dalam aplikasi SSP, jumlah pengguna yang kekal aktif (sekurang-kurangnya kekal dalam talian sekali sebulan) adalah seramai 500,000 orang pengguna. Sehingga kini, terdapat 2 perkhidmatan utama di dalam aplikasi SSP iaitu pembayaran parkir dan kompaun secara atas talian. Bagi pembayaran parkir, ia terbahagi kepada 2 iaitu secara harian atau bulanan. Untuk makluman, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) tidak terlibat dalam Smart Selangor Parking. Hal ini demikian kerana, kawasan parkir di PBT tersebut tidak diwartakan sebagai zon parkir berbayar.

Lampiran

Tiada Lampiran.