Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
87) SMART SELANGOR BUS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa peruntukan telah disalurkan bagi membina perhentian bas Smart Selangor? Sudah ada berapa perhentian bas ini sudah siap dibina?
Pembinaan hentian bas Smart Selangor merupakan projek hentian bas pintar telah dilaksanakan oleh pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sebanyak
10 unit di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan status kemajuan projek ini adalah seperti berikut:
- 9 unit telah disiap dibina dan dipindahkan ke tapak lokasi iaitu:
- 2 unit di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam yang telah beroperasi sepenuhnya dan dilancarkan pada 1 April 2019;
- 3 unit di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang sudah boleh digunakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung Julai 2019; dan
- 4 unit di kawasan Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Daerah Kuala Selangor sedang dalam penyiapan fasa akhir serta kerja- kerja melibatkan bekalan sumber elektrik dan infra Wifi Smart Selangor.
- 1 unit di kawasan Majlis Daerah Kuala Langat akan mula dipindahkan ke lokasi pada minggu kedua Ogos
Jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi pembinaan perhentian bas Smart Selangor adalah sebanyak RM1,938,250.00.
-
Mohon senaraikan jumlah laluan yang telah diluluskan oleh Stanco Pengangkutan Bandar Selangor mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan sehingga Jun 2019 dan jumlah perjalanan dan jumlah penumpang Smart Selangor Bus mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019.
Peruntukan tahunan Bas Smart Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor (STANCO) bagi tahun 2019 digunakan untuk membiayai kos laluan sedia ada Bas Smart Selangor dan lapan (8) laluan baru tahun 2018 yang tidak dapat disalurkan pada tahun tersebut, manakala pelaksanaan laluan baru 2019 adalah di bawah tanggungan PBT menggunakan peruntukan sendiri. Bagi tempoh sehingga Jun 2019, hanya dua PBT yang membentangkan cadangan laluan baru iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Sepang, namun cadangan-cadangan tersebut perlu dikaji semula serta mendapatkan ulasan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selaku pengawalselia pengangkutan awam yang mengeluarkan permit kebenaran laluan sebelum syarikat operator yang dilantik
Maklumat berkaitan jumlah perjalanan dan jumlah penumpang Bas Smart Selangor bagi tempoh Januari 2019 hingga Jun 2019 mengikut PBT adalah seperti berikut:-
Jumlah Perjalanan dan Jumlah Penumpang Bas Smart Selangor Bagi Tempoh Januari 2019 hingga Jun 2019
Bil.
PBT
Jumlah Perjalanan Jumlah Penumpang 1. Majlis Bandaraya Shah Alam 99,351 1,537,119 2. Majlis Perbandaran Subang Jaya 69,940 1,367,784 3. Majlis Perbandaran Klang 20,823 961,806 4. Majlis Perbandaran Ampang jaya 35,706 862,020 5. Majlis Perbandaran Kajang 24,597 845,337 6. Majlis Perbandaran Selayang 23,101 860,409 7. Majlis Perbandaran Sepang 19,004 350,402 8. Majlis Daerah Kuala Langat 6,335 199,770 9. Majlis Daerah Kuala Selangor 5,792 186,661 10. Majlis Daerah Sabak Bernam 6,878 111,940 11. Majlis Daerah Hulu Selangor 8,607 142,339 JUMLAH 320,134 7,425,587 -
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah penumpang?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mempertingkatkan promosi dan hebahan kepada rakyat berhubung perkhidmatan Bas Smart Selangor samada menerusi edaran brosur, banner dan bunting kepada orang awam dan di laluan serta hentian bas, hebahan di
laman web PBT termasuk menyediakan infrastruktur pengangkutan awam seperti hentian bas dan pole di sepanjang laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor dalam. Urusan promosi dan hebahan yang dijalankan oleh PBT adalah secara berterusan termasuk mengadakan kempen menaiki pengangkutan awam dan aktiviti-aktiviti bersama pelajar sekolah.