Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

60) SMART SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat perubahan terhadap hala tuju Smart Selangor selepas negeri terkesan dengan pandemik COVID-19?

    Berdasarkan perkembangan dan ramalan semasa, kerajaan negeri tidak menjangka akan ada sebarang perubahan kepada hala tuju program Smart Selangor. Namun, ramalan ini adalah berdasarkan kepada keadaan terkini pandemik COVID-19 dan keupayaan kewangan kerajaan negeri. Sebarang perubahan hala tuju akan dimaklumkan sekiranya perlu.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.