Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

138) SMART SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci pecahan peruntukan program Smart Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM22 juta khusus bagi melaksana dan membangunkan projek-projek di bawah Gagasan Smart Selangor. Peruntukan tersebut akan disalurkan untuk projek-projek berikut:

    No Projek 2017 Jumlah (RM)
    1 Smart Application Development Platform (SADP) 12,000,000
    2 Big Data Command & Control Centre Feasibility Study 2,000,000
    3 Internet of Things (IoT) 2,000,000
    4 WiFi Smart Selangor 6,000,000
  2. Apakah perancangan jangka masa panjang Smart Selangor?

    Visi Smart Selangor adalah untuk Selangor mencapai taraf Smart State terunggul di ASEAN pada tahun 2025. Smart State yang bakal dicapai adalah sebuah negeri yang mempunyai sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan pengurusan maklum balas rakyat yang baik, ekonomi yang terus berkembang menerusi bidangbidang ekonomi baru, mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat, berupaya membangunkan infrastruktur baru dan keupayaan sumber tenaga manusia yang akan terus memacu pembangunan negeri, dan mendokong prinsip keadilan sosial (social justice) dalam perlaksanaan polisi negeri untuk memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat.

    Projek-projek perintis yang menguji beberapa smart solutions wajar diperbesarkan dan digunapakai di lebih banyak tempat di negeri Selangor sekiranya berkesan dan berjaya. Kesan positif daripada penggunaan smart solutions ini akan menjadi lebih nyata sekiranya pihak kerajaan dapat memastikan penggunaan yang lebih menyeluruh dengan penglibatan lebih ramai rakyat. Perlu ditegaskan bahawa program Smart Selangor ini bukan hanya tertumpu kepada pembangunan dan penggunaan teknoloji canggih terkini sahaja tetapi juga memastikan bahawa teknoloji ini akan memberi kemudahan dan diterima oleh rakyat.

    Pada akhirnya, data yang dikumpulkan daripada saluran Smart Selangor ini akan digunapakai untuk menjana dasar-dasar kerajaan yang lebih ke hadapan berdasarkan fakta dan angka-angka terkini.

    Dalam masa terdekat ini, kerajaan negeri, menerusi beberapa anak syarikat milik negeri sedang meneliti beberapa inisiatif green field, di mana beberapa Smart Cities dan Smart Township bertaraf antarabangsa akan diwujudkan untuk memperhebatkan lagi penggunaan dan pembangunan teknoloji Smart Cities terkini di samping mewujudkan Smart Communities yang akan memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi untuk negeri Selangor. Dalam kata lain sesuai dikatakan bahawa inisiatif Smart Selangor ini juga akan menjadi pelan pembangunan ekonomi untuk negeri Selangor.

    Kejayaan mencapai taraf Smart State ini bukan sahaja akan meletakkan negeri Selangor standing dengan Smart State dan Smart Cities lain di dunia malah ianya juga akan membina keupayaan kerajaan dalam merangaka dasar-dasar ke hadapan berdasarkan angka dan fakta yang lebih tepat serta menjanjikan taraf kehidupan dan punca pendapatan yang lebih memartabatkan untuk rakyat negeri Selangor.

  3. Nyatakan kesan langsung dan impak Smart Selangor?

    Visi Smart Selangor adalah untuk Selangor mencapai taraf Smart State terunggul di ASEAN pada tahun 2025. Smart State yang bakal dicapai adalah sebuah negeri yang mempunyai sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan pengurusan maklum balas rakyat yang baik, ekonomi yang terus berkembang menerusi bidangbidang ekonomi baru, mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat, berupaya membangunkan infrastruktur baru dan keupayaan sumber tenaga manusia yang akan terus memacu pembangunan negeri, dan mendokong prinsip keadilan sosial (social justice) dalam perlaksanaan polisi negeri untuk memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.